Bola sepak malaysia semakin merosot | Bola Sepak Malaysia | Forum

 
You must be logged in to post
Search Forums:


 






Minimum search word length is 4 characters – Maximum search word length is 84 characters
Wildcard Usage:
*  matches any number of characters    %  matches exactly one character

Bola sepak malaysia semakin merosot

UserPost

11:44 am
Disember 3, 2008


Udai

posts -1

:( Pada pendapat saya, secara keseluruhannya prestisi bola sepak di malaysia tidaklah merosot sangat sebagaimana yang diperkatakan secara meluas, Cuma peningkatan prestasi itu lembap. Peningkatan itu memang ada cuma tak salah kalau kita ibaratkan sebagai terlalu lembap.

Mungkain ramai yang tidak sedar akan situasi ini. Ramai yang memberi pandangan secara kasar bukan terperinci. Memang tidak dinafikan kualiti bola sepak malaysia sekarang tidak setaraf dengan kualiti bola sepak negara-negara yang dulu menjadi belasahan kita, tetapi pada pendapat saya itu bukan disebabkan oleh kualiti bola sepak yang merosot. Pada pendapat saya situasi ini disebabkan oleh usaha membangun dan mentadbir serta usaha peningkatan kemahiran pemain yang lembap. Mengapa saya katakan demikian?

Cuba kita lihat dan fikirkan cara, kualiti dan prestasi pemain kita dulu dan sekarang bermain. Secara terperinci, dari segi kemahiran, pemain kita sekarang memang maju dari pemain dulu. Pelbagai bentuk kemahiran mampu mereka tonjolkan sekarang berbanding dahulu. Kemahiran yang dimiliki pemain kita dahulu sudah mampu dimiliki malah sudah diperhalusi dengan cantik oleh pemain kita sekarang. Jadi ini membuktikan bola sepak kita tidaklah merosot malah ada perkembangan. Tetapi persoalannya disini, kemahiran kita semakin maju, tidaklah merosot tetapi kenapa kita tidak nampak hasilnya? Berbanding dengan pemain kita dulu yang boleh dikatakan hanya ada kemahiran yang biasa ditambah dengan sedikit kemahiran yang istimewa tetapi mampu menggerunkan malah mampu membuat pihak lawan menggigit jari. Kalau pemain-pemain kita dahulu masih ada, masih aktif bermain dan masih mempunyai tenaga dan kemahiran seperti dahulu, cuba kita bayangkan kalau kita kumpulkan mereka dan kita atur perlawanan merebut "Piala Tidak SeZaman". Kita lihat siapa yang mendapat lebih perhatian dari peminat dan siapa yang akan menjulang piala tersebut ;). Memang perlawanan ini pasti mendapat perhatian yang menakjubkan dari seluruh pelusuk tanah air negara kita malaysia. Dan dari sinilah kita akan dapat menilai dan mentafsir segala jawapan persoalan yang menghantui fikiran kita sekarang mengenai bola sepak negara kita.

Seandainya pemain kita dulu menang dalam perlawanan ini, memang terbuktilah perkembangan bola sepak kita merosot teruk. Walaupun saya peminat setia pemain-pemain malaysia dahulu, tetapi kalau diperhatikan perkembangan semasa bola sepak tanah air kita, maka tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa pemain malaysia kini MUNGKIN mampuh mengalahkan pemain lama kita. Ini kerana pemain kita sekarang lebih baik kemahirannya dari pemain dahulu, peraturan-peraturan lama tidak terpakai lagi sekarang dan sistem bermain cara berpasukan sekarang lebih teratur dan menonjol dari sistem bermain dahulu. Itulah serba sedikit pointnya kenapa pemain kita sekarang mungkin akan memenangi perlawanan ini.

Sebenarnya, walaupun impian dan harapan yang sebegini memang mustahil dapat dilaksanakan tetapi dari situasi ini sahaja pun sudah memadai untuk kita menjawab persoalan kenapa bola sepak kita tidak memberangsangkan walaupun tidak merosot.

Jadi saya rumuskan disini bahawa pihak FAM perlu mengatur strategi drastik bagi membangunkan bola sepak tanah air. Cuba lihat bagaimana negara-negara yang menjadi gergasi bola sepak sekarang mengatur rancangan perkembangan bola sepak mereka secara berkesan. Dan kepada pihak FAM, sekali lagi saya menegaskan, saya berpendapat bahawa prestasi bola sepak tanah air kita tidaklah merosot sangat cuma pengurusannya lembab. Tahap permainan pemain kita sekarang memang maju dari tahap permainan pemain dulu cuma kemajuannya sedikit sahaja sedangkan pemain-peman negara lain telah banyak berubah. Itulah salah satu bukti kelembapan tersebut. Kemudian dari segi yang paling ketara ialah mengenai semangat. Semangat pemain kita dahulu lebih tinggi dari pemain sekarang. Kalau dulu, pemain-pemain kita tidak pernah gentar bertemu dengan siapa sahaja pemain negara lain untuk bermain tapi sekarang lain semangatnya. Mungkin itulah yang mempengaruhi mengapa peningkatan bola sepak kita itu tidak menonjol.

Kalau dulu, pemain kita bermain 100% semangat dan tenaga demi untuk negara tetapi pemain kita sekarang mungkin semangat itu ada tetapi tenaga mungkin tidak kemana. Situasi inilah yang perlu dikaji semula oleh pihak FAM demi untuk memulihkan semula kepercayaan semua peminat bola sepak tanah air.

Sama-sama kita fikirkan dan usahakan bagaimana cara dan apa yang kita sudah buat untuk menyokong pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak FAM. Itu cuma pendapat saya :P …

10:49 am
Disember 4, 2008


Milan^Kaka

posts -1

Assalamualaikum…pada pendapat saya, pemilihan pemain yg mnjadi masalah kita skrg ni..cuba kita tgk pemain2 yg dipilih mewakili negeri atau kelab masing2..smua main pkai cedok je..main kutip je..yg langsung xreti main pn leh wakil negeri..knapa leh jd mcm tu..sbbnya ialah krn takdak penubuhan jawatankuasa didalm negeri yg mnjdi kuasa pemangkin mencari bakat2 yg terpendam didalm negeri masing2..

aku tengok budak2 kampung main pn ada bnyak skil dai player yg wakil malaysia skang ni..depa berani buat skil, sangup belatih wat free kick berpuluh2 kali sbb nk jd pro..tp jaguh kampung je la sbb takdak saluran yg boleh ketengahkan bakat yg mcm ni..smua dok dlm opis, korek idung main komputer, tp haram tak pnah turun padang cari bakat2 baru..

pilih la owg yg btul2 leh memimpin fam..bknnya owg yg pandai dok atur duit ja..dok pandai politik ja..sampai nk pam bola sepak pon xtau..apatah lg nk main bola..aku dh luah perasaan aku..aku dh muak ngn smua wayang fam nih..thanks..bye..wassalam..

Kaka Forever..Forza Milano..

7:38 am
Januari 6, 2009


gunsmith_179

posts -1

aku cadangkan 15 pemain berbakat malaysia hntar ke eropah…
naper nak berkira pasal duit…
selama ni mmg korang membazir tah untuk ape…
pembangunan konon, tapi hampeh jerk…
aku rasa lagi berbaloi hntar diorg berlatih ke luar negara…
titus smpai xnak balik sbb best main kat france…
at least dier mmg berbakat…
si kembar dah dpt offer dr kls slovakia, tapi nape bengap xnak pegi…terhegeh2 dgn n9…
yang tua2 biar main untuk liga mlysia ni…
mmg dh mndur…kls b je liga mlysia ni…
yang uda2 n berbakat hntr men kat luar…
sng…hbis cter…
bg tmpoh sthun….
pglman tu berguna…
stkt men kat area asia tggara, xkemane…

6:06 am
Januari 21, 2009


syet

posts -1

kurang publisiti..maksudnya liga tempatan lebih popular sebab adanya siaran langsung jika nak dibandingkan dengan malaysia lawan walaupun dalam malaysia sendiri..nak ada siaran langsung pun kena tunggu dapat ke final..sebenarnya jika adanya siaran langsung,player2 kita akan rasa lebih konfiden untuk bermain dan bermaruah sebab 1 malaysia tonton..kalau macam tu untunglah orang di lembah klang saja jika nak di bandingkan dengan negeri2 lain jauh dari stadium,kedekut sangatkah rtm untuk buat siaran langsung..kata nak popularkan sukan,,kekadang x tau yang malaysia main.tup2 masuk paper esoknya kalah,,berita kata nak menang..kita memang x tahu menahu…tolonglah adakan LIVE bila bertemu UAE dan bagitau kat player kita permainan akan di saksikan oleh semua 1 MALAYSIA di tv,,mesti perasaan depa akan bersemangat dan bermaruah…SAYA CABAR RTM BUAT SIARAN LANGSUNG!!!

6:57 am
Januari 22, 2009


ams

posts -1

salam semua..saya setuju ngan pendapat bro ni td.memang rata2 player xbgtu layak kita gelarkan sbg pemain kebangsaan.. tp pemain daerah atau kampung..apapun..hardi jaafar memang the best..man of the match..klu la semua player mcm dia..mesti malaysia bole menang..safie..zaquan,zafuan,indra,zamani misbah memang ok..tp ada sorang player ni memang orang kata..coach kena fikir dua kali la nk amek dia..bnyk lagi player lain..saya rasa korang bole agak..kan..

9:29 am
Januari 27, 2009


keromil

posts -1

betul ckp ko tu,
negara cam jepun n korea bkn takat hntar 15 tp berpuluh2 youngsters masuk academy terkenal di eropah..

FAM bile kite cdg camtu msti ckp xperlu, kite fokuskan utk martabatkan liga kita..hampehhh

9:40 am
Januari 27, 2009


keromil

posts -1

satu lg korang smua perasan x zaman sekarang ni budak2 muda dah x minat nk main bola..dan aku lebih fokuskan dkat yg kt bandar esp chinese boy..sbb parent diorg dah x yakin dgn pgurusan FAM kite..
aku pnah one day berborak dgn kwn aku (chinese), diorg kata better hntar anak masuk sukan cam badminton, squash, renang or even basketball!
sampai tahap tu nk gtau..

soal pasal promosi aku sokong syet, korang prasan x kalo siaran bola msti delay tgh mlm..sape nk tgk? orang2 yg dok lepak2 mlm minum teh tarik n mkn roti canai adala nk tgk kot..depa tu main bola ke?
patutnya bg live btul2, promosi byk2 skit..stiap minggu ada satu game..ni asyik2 kutuk pminat epl x support liga msia..

aku pn adala bc newspaper kdg2 ckp pamain kite rajin blatih..
cthnya indra putra wat latihan freekick antara 30-50 masa nk lwn aritu..korang tau x david beckham dulu kt MU train freekick x kurang 100 kali stiap kali pas blatih (btul atau x, die yg ckp dlm rncgn tv die pnya academy)..pemain malaysia, pls wakeup!
korang hanya hidup untuk main bola (profesional), kerjala rajin2!

6:25 pm
Januari 27, 2009


riezam

posts -1

Bolasepak Malaysia bukannya semakin merosot..memang sebelum ni pun dan semakin..jadi sebenarnya tak ada apa yang berlaku normal je,kecuali sebelum ni dah biasa bantai Thailand , Jepun , korea selatan ke..Ni kalu lwn kelab Pantai Kundor kat kampung aku pun belum pasti lagi menang..itulah standardnya pasukan Malaysia.Beginilah aku cadangkan kalu FAM & kerajaan beranilah..pertamanya wujudkan SK & SMK BOLASEPAK MALAYSIA…sukatan pelajaran bagi sk ialah asas bolasepak,teknik,strategi,taktik dan cintakan negara.5 subjek ini perlukan peperiksaan dipadang bola.Untuk sukatan SMK pulok ada dua aje iaitu imaginasi dan kreatif.Kalu wujud betullah ada sekolah mcm ni sah ! Malaysia boleh jadi JUARA DUNIA !

12:28 pm
Januari 28, 2009


CiJey

posts -1

'dunia bola sepak sekarang tidak seperti dulu. pasukan yang kuat pasti akan menang.
bola sepak sekarang banyak bergantung kepada strategi. kualiti corak permainan sangat penting. bermakna pengurus pasukan perlu memainkan peranan utama dalam menyusun strategi perlawanan.
lihatlah sahaja englang yang mempunyai ramai pemain2 bintag tetapi tidak mampu layak ke EURO.
maka Malaysia perlu memikirkan mengenai pengurus pasukan Malaysia. Biarpun ambil pengurus dari luar negara. yang penting ialah kualiti..'

Bagaimana pula jika sebenarnya 'Pengurus ' pasukan berkenaan sememangnya sudah pun berkualiti namun masih lagi gagal membawa apa2 perubahan?

Cerita lain.

Tapi dapat dilihat kualiti permainan yg diberikan pasukan bintang pemain negara contoh yg diberikan saudara diatas. Dan mereka kembali mendapat tempat selepas kegagalan melayakkan diri diEuro, manakala pasukan negara kita(Malaysia) masih lagi terkial-kial walaupun hanya bertemu pasukan Myanmar.

3:26 pm
Januari 28, 2009


podosfre

posts -1

ramai orang mengatakan bola sepak malaysia semakin merosot!!

1) jangan tersilap tafsir!!
jika dikaji secara terperinci, bola sepak malaysia bukanlah semakin merosot, sebenarnya bola sepak malaysia tidak pernah mencapai peningkatan yang banyak sejak zaman yang mana pasukan bola sepak malaysia pernah menewaskan pasukan jepun, korea selatan dan banyak lagi. apa sebab malaysia mampu menewaskan pasukan ini pada ketika itu?? senang saja, sebab bola sepak jepun dan korea pada masa tu berada di tahap perkembangan. sekarang ini mereka sudah mencapai tahap pro, manakala pasukan malaysia pula tidak pernah menunjukkan peningkatan yang ketara. oleh sebab itu bola sepak malaysia tidak lah semakin merosot!!pasukan lain yang semakin meningkat. dengan sebab itu terdapat perbezaan yang dapat di lihat.

2) mengapa bola sepak malaysia tidak meningkat?
sememangnya banyak faktor yang mempengaruhi. secara kasarnya faktor seperti fizikal, physiology(kecergasan), pemakanan, psykologi, iklim, jurulatih dan banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi tahap bola sepak. pihak pengurusan bola sepak malaysia sepatutnya sudah mengenalpasti faktor ini jika mereka ingin meningkatkan mutu bola sepak negara. itu pun mereka sedar adanya faktor2 ini. selepas mengenalpasti faktor2 ini mereka spatutnya wujudkan satu SYSTEM yang sesuai. kalau ingin tahu system yang sesuai kena lah belajar di universiti sukan. apa yang berlaku di malaysia? semua pihak pengurusan biasanya bertindak berdasarkan pengalaman. jurulatih pula dilantik dari bekas pemain malaysia pula. apa yang ada dengan bekas pemain?

ada masalah dengan sistem? bagaimana kah cara bola sepak malaysia memilih pemain? apakah parameter yang di uji? skill atau fizikal? jika kita lihat pemain dari eropah berapa kah ketinggian dan saiz pemain? betulah ada pemain pro yang mempunyai kentinggian seperi pemain malaysia, cth;r.carlos. tetapi berapa sahaja bilangan pemain di dunia seperti itu? hampir semua pemain malaysia bersaiz rendah. mengapa mesti bersaiz besar? jawab sendiri..mengapa malaysia tidak tetapkan ketinggian minimam pemain?

sering kali kita melihat "di bentuk semula dari akar umbi" di akbar2 tempatan. apa kah maksud semua itu? sekiranya ingin bermula dari akar umbi, mengapa tidak kelihatan akademi bola sepak di seluruh negara? atau pun menghantar ke akademi luar negara? semua negara yang tahap pro semuanya ada akademi2 bola sepak. di malaysia pula pilih pemain melalui sekolah2!! faktor fizikal tidak diambil kira pula tu! berbeza dengan jepun dan korea selatan serta negara2 eropah, sejak kecil lagi di hantar ke akademi bola sepak. setelah menjelang umur tertentu pemain akan di pilih berdasarkan skill, kecergasan, attitude(disiplin)mereka serta SAIZ FIZIKAL mereka. malaysia ada buat seperti ini? jawab sendiri…mengapa mesti pilih pemain yang berdasarkan fizikal mereka? betullah ini satu diskriminasi kepada pemain bersaiz rendah. tetapi semua ini DEMI bola sepak..ini tidak bermaksud pemain bersaiz rendah tidak ada peluang. mereka kenalah work harder sperti r.carlos.

"fizikal pemain dah lulus, skill pun lulus, kecegasan pun lulus, disiplin pun lulus" adakah dengan hanya faktor ini cukup?? sememangnya tidak kan. faktor lain seperti taktikal(strategi), psykologi, pemakanan dan banyak lagi faktor lain.

buat pihak pengurusan bola sepak malaysia, sedar la selagi belum terlalu lewat. bekalan kewangan pun dah ada. di samping rancangan jangka pendek, buat lah rancangan JANGKA PANJANG. bukan hanya untuk 2, 3 atau 5 tahun akan datang tetapi untuk generasi yang akan datang yang mungkin sekarang belum lahir lagi. cari la orang yang layak mengendali bola sepak malaysia. bukan ahli politik. cari lah orang yang ada sekolah pasal bola sepak dan sains sukan, JANGAN guna pengalaman sendiri..

3:53 pm
Januari 30, 2009


Hairol

posts -1

Pemain dan Rating
Saya seorang ahli perniagaan dan juga hantu bola. Apa yang saya lihat Malaysia masih lagi menganggap bola sepak itu adalah semata mata sukan walhal di negara-negara lain bola sepak adalah satu perniagaan malah sebuah industri.

Bahan dagangan adalah pemain itu sendiri serta merchandise-merchandise seperti pakaian sukan, iklan, minuman isotonik, pengangkutan dan sebagainya. Pemain diberikan rating berdasarkan jumlah jaringan gol hinggalah kepada jumlah sepakan yang dibuat disepanjang kareer mereka. Rating ini yang mempengaruhi harga seseorang pemain.

Di Malaysia, isu kewangan merupakan masalah utama. Syarikat tak mahu menaja kerana pulangan yang teruk. Insentif cukai pula tiada. Sekurang-kurangnya kalau ada insentif cukai, dapat juga pengecualian berdasarkan jumlah penajaan. Segan bila tengok pasukan terpaksa bungkus sebab ada hutang RM30k. Tak nak sambung sebab hutang dengan EPF. Sedangkan liga Vietnam, baru-baru ni, NIKE dah bersetuju nak jadi penaja.

Saya orang Muar, Johor. Dulu kalau Johor main (di Larkin) saya dan ayah pasti turun stadium tengok. Waktu itu, pemain liga Malaysia baik local mahupun awang import di'brand' seperti 'local hero'. Kami akan bercerita tentang mereka di sekolah, waktu perhimpunan, waktu kelas tambahan. Kami tahu siapa score, siapa kena kad, siapa pengadil, siapa kena pindah, siapa pemain baru. Nak tahu kenapa, media memainkan peranan besar menceritakan secara terperinci apa yang berlaku. Tapi kini, cerita pasal keputusan malam tadi, ada la satu segmen, 2 baris setiap keputusan. Tak caya? baca Utusan. Media kebangsaan dan negeri kena brand balik para pemain, war-warkan perpindahan pemain dan harganya hatta RM100 sekalipun (apa nak malu? ini kan liga kita), war-warkan pemain yang cedera, apa saja sekalipun.

Di sini datangnya rating sesorang pemain. Bila dia tahu rating dia 1 bintang, dia pasti akan cuba meningkatkan permainannya kerana itulah satu-satunya cara untuk meningkatkan harga beliau. Inilah yang dikatakan pemain profesional dalam liga profesional (Its all about money). Ini tak, main bola macam minta kerja. Hantar CV, cakap melalui telefon. Pilih berdasarkan satu dua gerakan cantik antara puluhan perlawanan yang dilalui. Mana nak konsisten?

Liga Pro yang Baik
Jika kita kaji liga pro di negara lain seperti EPL, Japan, China Super, La Liga, Erevidisea dan Copa del Rey, sentiasa ada 3 atau 4 pasukan yang konsisten berada di kelompok teratas setiap musim. Seterusnya, 3 atau 4 lagi sentiasa mencari peluang untuk mengalahkan 4 pasukan top ini kerana ingin layak ke Liga Juara-Juara. Diikuti dengan 3 atau 4 lagi yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan 7 tempat teratas untuk layak ke Liga EUFA dan sebagainya dan dalam masa yang sama tak mahu jatuh ke zon penyingkiran. Akhir sekali ada 3 atau 4 pasukan lain yang bermain bermati matian untuk kekal dalam liga utama. Senario ini menjadikan liga tersebut sangat kompetitif dan menarik. Setiap perlawanan adalah penting dan sentiasa ada sebab untuk para penyokong datang ke stadium untuk turun ke stadium memberikan sokongan.

Di Malaysia, liga super kita tidak konsisten. Tahun ni pasukan mantap. Kalau ada 10 piala, 10 pun boleh sapu. Tahun depan merosot sampai jatuh ke liga bawahan. Siap kena belasah lagi dengan pasukan yang tahun sebelumnya dianggap sayur. Dulu kita bagus sebab, ada selangor dan singapore yang selalu top. Perak dan Johor yang sentiasa aim top spot dan sekali-sekala juara. Kedah dan N9 yang meningkat naik. Semua orang nak kalahkan selangor dengan singapore. Peminat selangor tak nak kalah. Peminat lain nak tengok selangor kalah. Main mati matian. Suasana liga begitu tense dan kritikal. Inilah yang menarik minat orang untuk tengok bola. Inilah yang ditafsirkan sebagai fanatism. Sekarang? tiada lagi…

Salah satu sebab yang saya nampak, ketiadaan pool pemain yang cukup besar dan berkualiti. Menyebabkan…
1. satu-satunya cara untuk meningkatkan prestasi pasukan adalah mengambil pemain dari pasukan lain.
2. pemain dah berumur pun masih main striker.
3. pemain tak cergas dan boroi macam saya pun masih main winger
4. pemain keting macam pelari marathon kenya masih main bek
5. pemain bantut macam hobbit boleh jadi keeper
6. lebih teruk, main tak bagus, takde disiplin masih lagi boleh main sebab tak takut sebab tahu takde orang boleh ganti. Nak pecat pemain macam nak pecat pegawai kerajaan. Susah sebab keadaan memaksa.

Sampai sini saja dulu. nanti saya boleh kongsi pendapat saya tentang pendekatan pengurusan bola sepak Malaysia. Bye.

9:20 am
Februari 2, 2009


akihero

posts -1

a'kum..

1.aku nak mencelah skit pasal bola malaysia ni…aku kurang setuju kalau korang bandingkan pemain pro malaysia ni ngan jaguh kg atau org "civil" mcm aku atau korang semua..tahap pemain pro mmg jauh dari org yg main bola ptg2 atau main kelab2 biasa kat malaysia ni..CUMA aku nak mentaliti pemain atau rakyat malaysia ni tukar skit..jgn ada angan2 besar..buat step by step…

2.Ini kerana bola Malaysia ketinggalan lebih kurang 15 atau 20 tahun dari top 50 negara dlm rangking FIFA..ketinggalan dari segala2 nya..dari segi pemain..kejurulatihan..management..n semua la..haha..

3.Cara yg terbaik untuk memuaskan hati semua pihak ialah dgn buat satu target yg lebih kecil…maksud aku..lupakan World Cup,Asia Cup,Asian Champions League dan ape2 cup yg berkaitan dgn Asia..please la jgn pakai slogan Malaysia Boleh kalau dah takde harapan boleh tu..

4.Buat target yg realistics..kita kena jadi juara Asia Tenggara dulu..kalau boleh sukan sea tu kita leh maintain masuk final..of coz bonus kalau menang..kita kena "laukkan" negara2 dlm asia tenggara ni..baru la leh citer nak lepas kelayakan piala asia..ini nak kalah kan thailand,indonesia,vietnam n singapore pun terkial2..ader hati nak lepas kelayakan piala asia..jgn lepas ni kita kalah ngan timor leste sudah la ye..?

5.Buat friendly dgn negara yg setanding dgn kita..supaya kita leh build up confidence atau praktik kan taktik yg coach nak..bagi power kat coach negara untuk pilih negara atau pihak lawan yg hendak friendly ngan Malaysia..sbb coach jer yg tahu potensi pasukan negara kita ni..jgn la ngada2 lawan Chelsea,Man Utd atau pasukan dlm tv tu..rugi wooo…

6.Sekarang ni pun aku rasa jepun ngan korea selatan pun dah tak nak friendly ngan kita kot..buang tenaga player diaorg pun..sbb tak praktikal main ngan pasukan Malaysia ni..maksud aku mcm budak Form 5 lawan ngan budak darjah 3..budak form 5 main 5 player pun leh menang punya..

7.Paling penting dlm bola moden sekarang ni ialah kecergasan,energy,stamina,teknik n kreativiti dari player..skit sangat aku nampak pada pemain malaysia banding ngan pemain pro negara lain…kalau leh pentingkan benda2 simple ni dulu..ni kadang2 tu..tgk style passing pun aku leh gelak..mcm aku gelak tgk citer p.ramlee..come on la.."u all professional"..satu hari 7-8 jam training ngan bola..dah main 5-10 tahun.."korang" dpt gaji tau sepak bola..

8.Camni la..bila team ok,fan suka..bila fan suka,fan akan buat ape saje utk team…bila stadium penuh dgn fan..baru la kita panggil Bola Sepak "wujud" di Malaysia…

Salam..

11:52 am
Mac 2, 2009


urang kita bah

posts -1

kenapa bah diorang main 2 mcm karabau.. bula pi kiri,smua balarian/blusir mm nda katantuan,apa kajadian sudah tu?? :whistle:
ples bah satu urang tlg kasi bilang sma saya.. nda tantu eh..

6:44 pm
Mac 25, 2009


acap_blues

posts -1

a'kum..aku rse, bola sepak malaysia merosot sbb=1* bile dh maen tinggi2 mcm maen ngeri/daerah/malaysia, bangga mcm maen kt mu…kerek je lebih,maen mcm hampeh…konon star la sgt..2*xde stamina..xde stamina tp nk maen..ape cerr??3* kurang pemantauan..pemain2 skrang xde disiplin…mcm mane nk maju…4*budak2 skrang tau melepak jer…mane ke tidak nyer..tmpat main bola pown xde…aku rse ade bberapa prtempatan jer yg ade padang yg ok..yg lain jgn citer la…gol pown gne selipar… lpas 2,klau dh maen tinggi, x biase plak maen pdg besar…lg 1, yg paling aku x puas ati..bila ade pemilihan ape2 jer, ade yg x tau…abih 2,yg star2 kampong 2 duk je la kt kampong…laen kali klau ade pemilihan soccer star ker,my team ker,kecoh la skit…cbe tgk akademi fantasia 2..smpai kuar kt tv die punye iklan pemilihan…eeish… macam mana la nk maju bola sepak malaysia ni…

12:14 am
Mac 29, 2009


al fonso

posts -1

Ini bkn masalah besar pn.. Just 1 perkare je yg malaysia belum berani buat..bkn nak membanggakan pasukan lain, just tgk pendekatan yang di buat oleh Persatuan Bola Sepak England..

dah tiba masenye Malaysia cari/bayar jurulatih bkn orang tempatan., dari luar negara..pemain bkn masalahnye dh..jurulatih je..mungkin memerlukan kos yang besar untuk bayar org luar, tp cube pikir ape yg FAM dh buat selame ini..Semua bayar jgk kn? training mcm2 smp ke luar negare, berape puluh ribu abis? hasilnya? skang cuba cari org luar mintak bimbing pemain kite..

bkn untuk selamenye.. just tgk mcm mane otak org luar handle bola sepak..assistant manager biar org kite,, sedut ilmu head manager(org luar)..blaja mcm mane die wat keje..mcm yg dibuat oleh england, jepun,, semua acuan luar.. org tempatan just copy n try improve kan je.. bile anak buah dh berjaye, dh matang, baru kite amik alih sendiri..yg dh dpt tangkap ilmu 2, bagi training kt bakal2 jurulatih negare..

bunyi mcm kejam..tp 2 yg negare2 maju wat..nak hidop..

10:10 am
April 1, 2009


akihero

posts -1

akum..

opss..jgn ingat amik coach luar leh selesai masalah..kalau dulu bukan kita pakai alan harris ker?coach barcelona tu..dulu ronaldo dia train tu..jgn lupa aper jadi kat malaysia..kena terminate gak org putih tu..

6:28 pm
April 1, 2009


ty711

posts -1

hahaha…
lawak gak korang nih…
tapi sume idea yg bagus…
sume aku stuju..(malas nak tulis daa…)
alfonso pny idea bernas gak…
kite sedut ilmu dari manager luar negara…
biarlah roy keane pun…
pastu sedut pny sedut, dah complete copy, pecat je…hehehe…

tapi ape yg penting????
KERJASAMA…
tu je…
wonderpets leh wat, x kan malaysia x leh kot…
hahahaha…

satu lagi…
tahap kecergasan kene lebih mantap daripada sblm nih…
kalo betul2 cergas, barulah fizikal leh mantap…
x pun berlatih tomoi dlu…hahhaaa…

10:08 pm
April 1, 2009


Chester

posts -1

huhu..
bolasepak malaysia nie mmg da teruk sgt..
tgk piala dunia pun da tak layak da..
semangat pemain pun xde sd skg kan..
tak kan nak berbunuh sesama manusia baru ada semangat mau main..
btl x??
napa pejuang2 negara sebelum ini memperjuangkan negara dari jajahan orang2 asing baru dapat kemerdekaan?? JAWAB??
dengan adanya semangat la baru kta dapat meletakkan negara kta d mata masyarakat dunia..
yang penting semangat daripada pemain tanpa mengira apa sahaja kta dapat melawan musuh dengan berjaya…
terpulanglah sma ada anda mnerima atau x k..
huhu.. GUD LUCK FOOTBALL MALAYSIA!!!!

10:39 am
April 12, 2009


moshaff

posts -1

Untuk tingkatkan semangat pemain bola malaysia..jdkan mereka dekat di hati peminat. Saya sebagai peminat bola tempatan,mewakili ramai pemerhati..berharap adanya satu permainan seperti FANTASY PREMIER LEAGUE utk LIGA SUPER.
Di harap pihak administrator Bolasepak.com dapat menyediakan satu lam web dan GAME yg lebih canggih atau sama dengan FANTASY PREMIER LEAGUE

Sangat banyak kebaikannya..
1.Peminat tempatan dapat tahu prestasi terkini SETIAP pemain

2.SETIAP pemain akan lebih dikenali, dan adanya satu "pride" di kalangan pemain

3. Peminat bola sepak tempatan dapat tahu keputusan 'live' untuk sesuatu perlawanan, dan juga keadaan kesihatan pemain.

4. Pemain dan jurulatih akan tahu para pemain yang dapat pilihan tertinngi di kalangan peminat(dalam GAME ini)

5. Satu langkah yang bijak ,daripada kita asyik menghentam pemain dan jurulatih MALAYSIA. Statistik dari permainan ini akan amat berguna kepada peminat,pemain,jurulatih,pemerhati,dan pengurus.

6. Yang paling penting, permainan ini menunjukkan TARAF BOLA SEPAK MALAYSIA sudah meningkat dan maju.. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pemain dan pengurusan untuk tingkatkan kualiti dan 'ranking' bola sepak Malaysia.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"BIAR JASA JADI KENANGAN"

7:41 pm
Mei 21, 2009


bola api

posts -1

Bola sepak malaysia takkan maju jika FAM masih tidak dibubarkan.
FAM bukan buat kje pn…stakat duk dlm opis goyang kaki,bg hukuman pelik-pelik kat pasukan..xde perkembangan langsung.
Bkn nk agungkan bola sepak luar tp kita boleh tgk sendiri perbezaan antara player malaysia dgn eropah. xpn, kt buat bandingan dengan pasukan singapura… malaysia masih xmampu nk bersaing dgn negara kecil. dikalangan negara asean, malaysia masih terkial-kial utk bersaing…pikir la sendiri mana silap.
FAM patut tukar dr profesional kepada amatur…
""kalau kita dh tersesat jauh, tak salah kalau kt berundur ke belakang.""


About the Bolasepak.com Forum

Forum Timezone: UTC 0

Most Users Ever Online: 44

Currently Online:
2 Guests

Currently Browsing this Topic:
1 Guest

Forum Stats:

Groups: 6
Forums: 12
Topics: 1468
Posts: 15056

Membership:

There are 6186 Members
There have been 6 Guests

There is 1 Admin

Top Posters:

Eva Chong – 394
kesepak – 155
mcloud – 58
sundulgol – 51
12bet – 42
isya – 39

Recent New Members: jai7477, 12bet, mcloud, joejon, sundulgol, Jessica Sy

Administrators: fahmi (1 Post)