Pulau Pinang kekal dalam Liga Super - FAP | Bola Sepak Malaysia | Forum

You must be logged in to post
Search Forums:

Minimum search word length is 4 characters – Maximum search word length is 84 characters
Wildcard Usage:
*  matches any number of characters    %  matches exactly one character

Pulau Pinang kekal dalam Liga Super – FAP

UserPost

3:49 pm
Mei 7, 2008

footballive

posts -1

PULAU PINANG – Pasukan Harimau Kumbang akan kekal dalam saingan Liga Super musim depan, kata Setiausaha Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Datuk Mohd. Junid Mohd. Nor.

Beliau menegaskan, laporan yang mengatakan Pulau Pinang turun ke saingan Liga Perdana adalah tidak benar kerana apa yang telah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada awal musim adalah sebaliknya.

Menurut Mohd. Junid, dalam Pekeliling Liga Super dan Liga Perdana yang dikeluarkan FAM di awal musim menyatakan hanya satu pasukan sahaja dari Liga Super yang akan turun bagi 2008/09 dan dua pasukan dari Liga Perdana dinaikkan untuk mencukupkan jumlah 14 pasukan bertanding.

Ini kerana katanya, musim 2007/08 menyaksikan hanya 13 pasukan bertanding di Liga Super dan angka itu dilihat tidak adil untuk satu pasukan yang tidak bermain.

"Pekeliling FAM bertarikh 5 November lalu menyebut untuk musim akan datang 14 pasukan bertanding dan Pulau Pinang selaku pasukan di tangga ke dua belas liga kekal untuk beraksi di Liga Super," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagi saingan Liga Malaysia yang baru tamat hujung minggu lalu menyaksikan Sarawak turun beraksi dalam Liga Perdana dan dua pasukan Liga Perdana, Kuala Muda NAZA dan KL Plus dinaikkan ke Liga Super.

Mohd. Junid berkata, beliau menafikan beberapa laporan akhbar sebelum ini yang mengatakan Pulau Pinang dan Sarawak akan turun ke Liga Perdana.

Katanya, Pulau Pinang masih berpegang kepada keputusan mesyuarat FAM dan pekeliling yang dikeluarkan kepada semua persatuan bola sepak negeri yang memaklumkan perkara itu.

Sehubungan itu, katanya, Pulau Pinang masih boleh beraksi di Liga Super musim depan jika tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh FAM berkaitan keputusan awal mesyuarat dan pekeliling yang dikeluarkan.

"Buat masa ini kita masih di Liga Super dan berharap para peminat dan penyokong setia pasukan Harimau Kumbang tetap bersama kita untuk membentuk pasukan baru musim depan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Junid memberitahu, pasukan Pulau Pinang kini sedang mengadakan persiapan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia dan menyerahkan kepada pengurusan untuk meminjam atau mengambil pemain dari pasukan lain untuk bermain bagi pasukan Pulau Mutiara itu.

About the Bolasepak.com Forum

Forum Timezone: UTC 0

Most Users Ever Online: 44

Currently Online:
3 Guests

Currently Browsing this Topic:
1 Guest

Forum Stats:

Groups: 6
Forums: 12
Topics: 1468
Posts: 15056

Membership:

There are 6186 Members
There have been 6 Guests

There is 1 Admin

Top Posters:

Eva Chong – 394
kesepak – 155
mcloud – 58
sundulgol – 51
12bet – 42
isya – 39

Recent New Members: jai7477, 12bet, mcloud, joejon, sundulgol, Jessica Sy

Administrators: fahmi (1 Post)